Saturday, December 6, 2008

Selingan : Pembaziran Berleluasa

Edisi pertama shopping di bandung telah selesai.aku sendiri pun gerun dgn nafsu aku yg membuak2.haha.dapat je duit dari client tadi,terus memulakan aktiviti pembaziran.sok dah kena gerak ke jakarta,so takut tak sempat.dah puas membazir barulah rasa semangat nak buat kerja malam ni.tapi tadi lepas balik hotel,selak2 wallet,rasa macam nak kena sakit jantung pun ada jugak.ni macam mana nak pikul balik malaysia ni?sok ahad.lusa raya.semua service fedex TUTUP!aaaaaaa..tekanan!

Selingan : Snapshot

Satu snapshot untuk kerja yang akan aku buat malam ni :)

Hari Lima : Sesi Bekerja

Pagi ini bermula dgn acara mengisi perut dgn buffet sarapan hotel.aku jemput tour guide berlima utk join skali.dah dorg buat baik kat aku,apa salahnya aku buat baik kat dorg kan.lagipun dorg dapat hantar aku je pagi ni.tak dapat nak lepak lama2 sbb dorg tuka train pagi.makanya lepas makan dorg anta aku kat institut teknologi bandung(ITB).saje je aku nak buat lawatan sambil belajar memandangkan college tu ada dalam list job aku.so kena jugak la berklik2 kat sana.aku bajet2 cam college biasa je la.tapi aku rase cam lagi cantik n hitech dari uia je.haha.tengah sebok2 aku berbaring atas rumput demi shot yang takmau kalah,tiba2 hadir dua gadis bercamera SLR merapatkan diri.makanya SLR menjadi topic starter lagi.bahagia!haha~rupa2nya dorg student photography kat salah satu uni kat bandung,datang situ utk buat assignment on landscape photog.lepas puas bergambar dan menikmati sebotol teh ais,sesi bercamwhoring diadakan.oh,sesi bertukar2 facebook jugak berlangsung.maka bertambahlah ikatan rakan maya aku.haha~seterusnya aku terus ke pusat teater utk menyambung kerja aku.teater jawa kat bandung ni pun kementerian kesenian kita nak sebok2.lepas memperkenalkan diri,aku pun mengambil position yang bajet best utk mendapatkan shot2 menarik.dalam ramai2 pelakon tu ade la sorg ni yang agak peramah.banyak jugak la bersembang dgn dia.tambahan pulak dia cute,maka tak rugi la letak gambar dia kat sini.haha.cam biasa la sebelum melangkah pulang,sesi bertukar2 facebook skali lagi diadakan.agaknya ni dah tuka tradition tuka2 nmber phone kot.haha :) lepas dah settle keje2 aku,baru la senang hati nak bershopping.oh.kerja aku tak abis lagi.malam ni aku kena bergegas balik sebab ada photog job yang perlu diselesaikan.sebelum ni aku tak penah bagitau pasal job ni pun.saje je konon2 nak bagi surprise.haha.snaprepublictudio goes global!yay :)

signed,
syahiransukardi
*Sesi Bekerja*


Hari Empat : Bandung Malam

Jalan jalan kat paris van java mall je.best la jugak mcm the curve.harga pun murah tahap emas karat.belum tahap labu air lagi.tengah dok jalan2,lapa la pulak.beratur nak makan kat texas chic.tgh in d line tu,berborak dgn orang kat depan aku.kebetulan pulak dia student medic kat surabaya,member kepada member aku kat sana.apa lagi,makin rancak la kan.terus dia ajak join dia lepak sama2.so dapat la aku 5 tour guide secara percuma pada malam itu.nasib baik utk kali keseterusnya.haha.lepas lepak2,aku mintak diri nak balik hotel sbb dah penat sangat.almaklumlah nak simpan tenaga utk berjalan sok.dari sumber2 perisikan yang boleh dipercayai,aku dapat maklumat port yg best utk bershoping branded apparel ialah di jalan riau.encik esok,sila lah lekas menjelma.tour guide pun dah sedia berkhidmat utk menghantar aku berjalan2 sok.yesss!

signed,

syahiransukardi
*Bandung Malam*

Friday, December 5, 2008

Hari Empat : Bandung Megasale!




Aku sampai stesen keretapi jakarta kul 4.30am tadi.sangap sangat sampai awal sangat.gelap gelita dan masih belum macet.lantas aku amik service ojek(motor taxi) utk bawak aku ronda2 jakarta pusat.cadangan aku nak pegi cari sekolah lama aku dulu!dengan hanya berbekalkan nama sekolah je,ojek pun bawak la motor pusing2 memulakan pencarian.banyak tempat jugak kitorg stop tanya,tapi haram sekor pun xtau.dah hampir2 nak putus asa,last2 skolah terakhir yg kitorg berhenti tu mmg skolah lama aku.Phoenix International School.aku yakin sangat sebab aku masih ingat area2 aku tunggu supir amik aku dulu n area2 activity yg xbanyak berubah.sayangnya aku tak dapat nak masuk dalam skolah tu sbb security sgt tegas.bahkan aku pun hampir dihalau sebab dok keliling area skolah dgn camera macam nak menculik anak org je.kat skolah tu semuanya anak2 duta,so tak heran la mmg dorg akan halau aku memandangkan aku ni agak mencurigakan.haha.lepas dapat few shots,kitorg pun blah dari situ.aku sempat naik monas(monumen nasional) yang kali terakhir aku pegi 16taun lepas.haha.lepas settle pusing2 terus pegi ke airport.oh,aku menggatal nak naik flight pegi ke bandung sbb terpengaruh dgn kata2 ojek tu yang kononnya pramugari Mandala Airlines keren banget.hahaha.sebenarnya aku malas nak naik tren sebab tiket utk 1st class dah abis.yang ada cuma economy class je.flight aku selamat mendarat di bandung kul 1pm.dalam flight aku duduk dgn sorg aunty ni,chinese indonesia.banyak jugak yg kami bualkan memandangkan aku tak penah ke bandung sebelum ni.bila aku dah clear baggage aku,dia temankan aku amik taxi n terus ke hotel yg dia suggest kat area tren station bandung.hotel cemerlang.secemerlang namanya,poket aku merabak buat kesekian kalinya sbb harga boleh tahan jugak.tapi sebab senang nak akses ke bandar n ada internet yg laju(macam skang ni!),maka aku amik je la hotel ni.sesi membeli belah akan bermula.ayuh ke paris van java mall!tiba2 trasa mcm best pulak kalau rakan rakan penjenayah ada skali :)
signed,
syahiransukardi
*Bandung Megasale*


Thursday, December 4, 2008

Hari Tiga : Borobudur di Pagi Hari


Disebabkan aku tido sorang je,maka aku terpaksa melebihkan effort utk setkan pelbagai alarm termasuklah memaksimumkan bunyi kat handphone aku.pukul 4.45am aku dah bangun n bersiap2 utk mendaki borobudur.jarak candi drpd hotel aku dalam 20 minit berjalan kaki.aku antara visitor terawal yang masuk ke candi pagi ni.tiketnye boleh tahan jugak la,USD15 lebih kurang rm50.aku pun mula la excited nampak candi tu.yela,last aku pegi pun masa aku sangat2 kecik.dah tak ingat apa apa pun melainkan tgk gambar dulu2 je.so aku pun mula la sesi klik-klik camera tanpa jemu.nasibaik pegi pagi.so dapat la jugak shot ala2 silhouette.sambil2 mendaki tu aku bersembang jugak dgn few tourist.salah sorg tu nama dia eric,australian.dia ni bole tahan masuk air jugak la.siap bole bercamwhoring dgn aku.haha.puas hati jugak la dapat naik borobudur.dalam sebok berklik-klik,aku tak sedar matahari dah tegak atas kepala.peluh pun mcm biasa la mengalir deras.kalau bole jual,dah kaya dah aku hasil titik PELUH aku sendiri.utk rest kejap,aku jalan2 kat area galleri utama seni borobudur.bila sampai tempat berteduh,baru aku prasan yang kulit aku sangat2 merah.kalau merah cam baby tu takpela jugak,ni merah hitam.daymmm!gila sensitif mengalahkan kulit bayi,baru berapa jam je pun.takpe2,nivea menanti aku di malaysia(diba promote.haha!).lepas balik hotel,mandi2,aku terus checkout kul 1pm.drpd hotel ke terminal bas borobudur,aku naik kuda hape ntah name dia.saja ngade2 sbb jarang dapat naik kan.haha.bas yang aku naik terus ke stesen jombor,pastu kena tuka bas utk masuk bandar jogja.yang klakanya bas drpd jombor ni dipanggil trans kota.tapi dorg treat macam keretapi je.siap berterminal bagai.konduktor dia pun tak macam konduktor(sbb masuk ikut turnstile ala2 komuter) n tugas konduktor dia kena sebut nama tiap2 stesen bila berhenti ala2 putra.haha.yg tak bole blah nye bila aku usha stafcard dia,ada tertulis nama n position = pramugara!hahaha.sakit perut aku tahan gelak dalam hati.kot tergelak kuat,mau kena tendang aku keluar bas :) sampai je stesen keretapi tugu jogja,aku beli tiket balik ke jakarta.plan awalnya nak terus ke bandung,tapi tiket eksekutif dah abis.org kata jgn beli tiket yg biasa sbb bercampur dgn ramai sgt org,so tak berapa selamat.ni membuktikan utk kesekian kalinya bahawa aku ni memang jenis yang mendengar nasihat.haha.tren malam ni kul 8pm.so aku pun amik beca,straight mintak dia bawak pegi malioboro mall sementara menunggu lagi 5 jam.pusing punya pusing,ni aku dapat online kat hotel ibus.dapat jugak la transfer2 pic.kat sini nampaknya aku just dapat upload few pics je.memandangkan internet dia ni sangat2 la lahanat.bagusnya,baru la aku dapat rasa bersyukur bila compare dgn maxis broadband yang selama ni dikutuk2 tu!

signed,
syahiransukardi
*Borobudur di Pagi Hari*

Wednesday, December 3, 2008

Hari Dua : Jogja Akhirnya!

sambungan dalam bas..

sebetulnya aku ni bertawakal je masa naik bas.aku cakap kat supir tu,aku nak pegi jogja.dia main suruh je aku naik bas dia.bila dah sembang2 dgn mamat dalam bas,baru aku tau bas tu menuju denpasar.memang aku still boleh pegi jogja,tapi kena lompat2 bas!maka bermulalah episod aku berhenti dari 1 terminal ke terminal yg lain utk ke jogja.semua skali ada la dalam 8 bas bertukar.abis semua terminal aku redah drpd semarang,pekalongan,rebukatprandet dan ntah name2 pelik yang lain.kat blakang seat aku ade sorg mamat ni dgn anak dia.dia dok loncat2 bas sama macam aku jugak.so aku pun tegur la masa dalam bas ke 6 yg kitorg naik.rupenye dia pun nak ke arah jogja jugak,bezanya dia akan turun kat area sebelum sampai jogja.dah rancak2 berbual tu,tiba2 dia offer aku lepak kat umah dia,sekadar mandi2 n hilangkan capek.ramai dok nasihat jgn percaya sgt kat org,tapi memandangkan dia ni mcm bole pakai jugak,so aku pun ikut je la.umah dia terletak dalam kawasan kampung kat semanggal kira2 sejam dari jogja.umah dia sangat sempoi,xde elektrik n yg ada just mak mertua dia je.walaupun tanpa kipas,tapi tetap umah tu sejuk je.sementara aku mandi,mak mertua dia dah siapkan kami makanan.nasi putih+telur+sayur.dari celah2 mata mak mertua dia jelas menunjukkan walaupun diorg tak mampu nak sediakan makanan yg mahal,tapi keikhlasan tu sangat2 aku rasai.kira terharu sangat la aku masa tu.perut pun gila lapa sebab aku tak turun makan bila bas berenti(yela,kena jaga bag!).lepas makan kitorg sembang2 kosong sementara tunggu waktu asar.tengah dok layan sembang,dtg sorg laki kat umah dia.diorg dok kenalkan aku kat laki tu dgn ayat "ini anaknya dari malaysia,ngembara sendirian nggak berteman".hahaha aku rasa mcm hampeh je time tu.dia tanya aku kat mana aku nak tido malam ni,tapi aku just cakap aku xbook mana2 hotel lagi.pastu dia kata "kok gitu ayuh aja tidurin di tempat saya".ah sudah,apehal lak ni,gay ke hape.otak aku dah pikir bukan2.rupa2nya dia ni owner utk 1 resort kat area borobudur.dia kata kalau check in kat hotel2 lain,kena bejalan jauh baru dapat naik area candi.by that time baru aku tau mamat yg tumpangkan umah dia tu yg call laki ni utk tolong aku.so tripple terharu la aku tadi.on d way nak pegi resort dia,dia bagitau nama resort tu "pondok tingal".so aku bajet mcm buruk je la tempat tu.haha gila prejudis.sampai2 je aku tengok tempat tu sgt la style dgn bali conceptnya.siap performance theatre n gallery seni.bila aku selak list rates,tengok2 semalam cecah 2 juta rupiah.mak ai.dia kata aku just kena bayar Rp100,000 kira2 RM30 utk bayar electricity je.aku terfikir jap,sebenarnya bukanla semua org jahat kan?

signed,
syahiransukardi
*Jogja Akhirnya*

Hari 1 : Jakarta Kota Macet

Aku selamat tiba kat airport jakarta jam 8.30pm waktu tempatan.sepatutnya aku dijadualkan sampai jam 5.45pm.tapi flight tu delayed,jam 6.30pm waktu malaysia baru berlepas.punya la sakit hati kena tunggu 2 jam,n jadual aku malam tu terpaksa diubah dgn drastik.aku terlepas train 8.30pm drpd jakarta ke jogja,so lepas settle dgn kastam,aku terus amik cab pegi stesen bas ke jogja.alhamdulillah aku berjumpa dgn makhluk2 yg baik,since dr KLIA,dalam flight n masa dalam cab nak pg cari bas.di KLIA,aku besembang dgn sorg doctor indon,n seperti biasa photography menjadi pembuka topic.gila senang nak mulakan perbualan dgn strangers.haha..kebetulan anak dia pun tgh gila photography,so lepas bertukar2 biz card,kitorg pun amik haluan masing2.dalam flight pulak aku duduk dgn engineer dr johor.dia ada biz trip kat bandung n topic starter pun psl photography jugak.alahai :) sekali lagi sesi bertukar2 biz card berlangsung,n masing2 membawa diri ke kastam.masa nak tunggu cab kat jakarta,aku bekenalan dgn sorg mamat ni,mahyuddin,pun nak cari cab balik umah.so kitorg pun naik la cab yg sama,but drop dia dulu sebab umah dia dekat je.persamaan antara ketiga2 makhluk baik hati ni ialah kesemua mereka memberi nasihat yg sama - "jaga beg&camera tu elok2.org indon tak bole dipercayai".kata2 nasihat bernas ni dah cukup buat aku serabut.adoi.lastly driver cab tu pun ckp benda yg sama,n dia even siap anta beg aku naik dalam bas tanpa charge tambahan.dia kata dalam bas yg travel malam2 mcm ni byk pencompet.jadi dia suruh aku jangan tido sangat dalam perjalanan n last word dari dia sebelum dia blah tinggalkan aku "be karful".hahaha.pengembaraan sebenar pun bermula lepas bas bergerak meninggalkan jakarta jam 10.30pm.aku pangku hikingbag aku sambil kepit bag camera aku kat kaki.bayangkan perjalanan naik bas ni mengambil masa 16 jam dgn keadaan aku yang tak bergerak2 dan tak tido sepanjang jalan!utk post kali ni memang tak ada pic masa sampai kat jakarta sebab aku tak keluarkan camera aku dari airport jakarta sampai la naik bas ke jogja disebabkan oleh aku ni jenis yg mendengar nasihat org2 yg lebih bepengalaman.even mp4 pun aku tak keluarkan jugak.gila sangap!

signed,
syahiransukardi
*jakarta kota macet*

Monday, December 1, 2008

Ekspedisi Solo : Jakarta-Jogja-Bandung

Senarai semak barang barang yang akan dipikul oleh bahu aku yang tak berapa nak bidang ni sepanjang berekspedisi secara solo di indonesia,antaranya :

camera+lenses(checked)

passport(checked)
boarding pass(checked)
mp4(checked-kalau takde benda ni mau aku mati tandus kat sana.haha)
external hardisc(checked)
bahan bahan tandas(checked)
rupiah(checked)
ponco(checked)
dentyne! (checked)
chargers-camera,phone(checked)

dan beberapa barang lain yang dirasakan tak penting utk disebut disini.yang penting masa nak pegi ni beg aku kosong lagi utk memberi laluan kepada upacara mengabiskan duit di bandung kelak.wallet pun kembung dgn duit juta2.tak perlu join MLM pun dapat jugak merasa pegang duit juta2.yang membezakannya ialah aku tak tangkap gambar aku sambil pegang duit juta2 tu.hahaha *mean* :) flight aku jap lagi pukul 4.45pm dari KLIA terus ke jakarta diterbangkan oleh KLM royal dutch.dari jakarta aku akan terus amik train malam ke jogja.maybe kalau cuaca tak berapa ok aku akan spend satu malam dulu kat jakarta,n amik train pagi ke jogja.ada jugak plan konon2 nak bawak laptop skali,tapi memandangkan bahu aku ni ada max load limit maka aku terpaksa membatalkan niat suci murni tersebut.kalau terjumpa mana2 internet cafe kat sana boleh la aku update sikit2 blog ni nanti.itupun KALAU rajin.haha..sepanjang berkelana kat sana nanti aku kena amik gambar untuk tourism malaysia sebagai usaha mempromosikan tahun melawat indonesia 2008.aku pun tak faham kenapa kena amik gambar kat sana,tapi sebab masyuk punya pasal,aku buat je la.hahaha.yang aku tak sabar nanti sbb nak amik gambar time hari raya haji kat sana.harap2 semuanya berjalan lancar.permisi dulu ya malaysia!haha~




signed,
syahiransukardi