Sunday, November 30, 2008

Graduasi Miss Adiba

hari : ahad
tarikh : 30 november 2008
tempoh : sangat panjang


Macam-macam jadi hari ni,sampai aku rasa macam dah seminggu berlalu.berulang alik ke uitm,photography,dan drama2 yang terjadi.penat tak terkata.peluh melimpah tak terhingga.walaubagaimanapun,akhirnya hari ni rakan baik ku si cherry ann telah graduasi dari lubuk CAT dgn jayanya.dia ni kira hebat la sebab dia jadi penerima anugerah pertama untuk batch dia tahun ni :) aku pun sekonyong2 tubuh datang merelakan diri utk menjadi photographer (ye,kau hired aku,tapi aku rasa tugas aku harini macam tugas biasa yg aku buat dengan korg masa hari2 lain jugak.haha).aku sampai uitm lagi awal drpd para graduate.lepas abis klik-klik diba n family di pagi hari,aku pun balik umah kejap n datang balik masa dia dah nak keluar daripada graduation hall.aku,akmal n apis dah siap berkumpul dgn bunga hebat di tangan untuk diba.bunga yg kitorg beli sangat kiut,lengkap dgn teddy bear(harganya hanya kami yang tahu.haha).lepas diba keluar,trus klik-klik selagi terdaya sampai bapak diba pun naik kesian tengok aku dok menangkap gambar tengah2 panas.lepas je selesai sesi berfotografi,kami terus ke port makan baek punya tanpa akmal yang terpaksa tak menghadirkan diri atas sebab2 tertentu.jangan ingat kami nak maafkan kau selagi kau tak join plan bercanda ria di penang!haha ;p butir butir aktiviti selanjutnya sangat panjang utk diceritakan secara detail.tambahan pulak dengan keadaan aku yang penat dan akan berjalan jauh selasa ni,so aku rasa better korg pegi checkout diba punya blog utk maklumat lanjut.hehe..yg bestnya sesi photography di bukit indah petang tadi sangat best,sebab baru la nampak sikit muka aku dalam camera,gara2 sesi camwhoring yang dilakukan secara berleluasa.tak sia2 aku melaburkan duit untuk membeli wide lens.haha.aku kena rajin2kan diri practice bercamwhoring,sebab teknik tu yang akan digunakan secara besar besaran masa ekspedisi menjelajah indonesia secara solo yang akan bermula lusa.yes,lusa.barang tak kemas lagi.converter plug tak beli lagi.harapkan duit je juta2 dah ditukar.haha.congrates amontes again untuk cik adiba nordin.semoga terus berjaya dan boleh membelanja aku makan besar.haha..best of luck jugak utk kalian punya exam,especially apis yang akan menduduki paper terakhir sebelum menerima ACCA dgn terhormat.selamat berjuang hingga ke titisan alkali terakhir kalkulator kalian!




signed,
syahiransukardi

Thursday, November 27, 2008

Klik-Klik-Kotaraya

Lokasi : Sekitar Central Market + Lebuh Ampang + Celah2 Lorong Belakang
Masa : 1430hrs - 1730hrs

Akhirnya semalam sesi Klik-Klik-Kotaraya telah selamat dilakukan setelah berhari2 tertangguh.walaupun pagi tu hujan lebat dan aku hampir tewas dalam pelukan selimut sampai ke petang,tp nasibaik tengahari tu cuaca dah kembali panas.aku gerak pegi central market naik komuter utk menyahut seruan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam.haha.misi aku smalam ialah utk capture scene yg slalu kita tgk kat kl,tp jarang kita appreciate,mayb sbb dah slalu sangat kita nampak.so mostly pic smalam byk on signage n graffiti,as well as culture pic.bagi aku graffiti ni tak dianggap as vandalisme,sebab tujuan utamanya bukan utk merosakkan harta awam dan merosakkan pandangan.tapi graffiti skarang lebih kpd medium bagi sesetengah pihak utk menzahirkan apa yg tersirat secara sinikal,tetapi terbuka.mungkin cuma tak kena pada tempatnya dan ilegal.spatutnya mereka ni diberi ruang mahupun display wall yg legal bagi dicurahkan segala kreativiti yg ada.slalunya graffiti yg ada kat kl ni tak tahan lama,sebab selang beberapa minggu local authority akan cat balik dinding2 tu.atleast ada la jugak kerja DBKL tu drpd duduk bersiul2 kat cafe menunggu waktu punch card balik rumah.diharap dgn tercapturenya beberapa graffiti ni,dapat la disimpan contoh2 seni yg pernah wujud,tambahan pulak sesetengah drpd graffiti ni dibuat berlandaskan kpd isu2 semasa.jenuh jugak la aku selongkar segala ceruk dan backlane sampai kena kejar anjing.haha.dah la masa nak balik tu aku terperangkap kat KLsentral dekat2 dua jam sebab komuter tergendala.oh,n kesemua pic ni diambil dgn menggunakan ISO 600 dan ke atas utk test visibility of noise.hasilnya aku rasa cukup tak mengecewakan :) setelah berpeluh2 selama tiga jam,inilah hasilnya :












"aiyoyo..kl banyak busuk la.."









we loves kl,dont we?

signed,
syahiransukardi

Tuesday, November 25, 2008

SALSABILA : Convocation

semalam ujan turun dgn lebatnya.menyebabkan misi utk keluar klik-klik-kotaraya gagal diteruskan.jadi dgn iltizam yang kuat,hari ni aku bangun awal utk menjayakan misi tersebut utk kali kedua.sebelum kuar,perut aku diisi terlebih dahulu dgn breakfast baekkk punye,berupa satu set KFC.haha.gila senang hati dpt makan ayam pagi2 buta.lepas siap packing2 beg camera,phone aku sebok menyanyi2 lagu coldplay.kat screen phone aku tertulis name "salsabila".spatutnya arini aku kena amik gamba convo dia,tapi atas sebab2 tertentu terpaksa dicancelkan last2 minute.bile angkat phone,aku dgr suara dia lain mcm je.macam kucing tak makan je.sayu je dia tanye aku,

"ko free hari ni?boleh tolong amikkan gambar aku convo tak?"

eh budak ni.baru je smalam cancel.tiba2 kata on pulak.maka sesi klik-klik-kotaraya aku terpaksa ditunda lagi.nasibaik aku dah bersiap2.maka terus la aku melencong ke uitm.aku takut petang hujan,so aku gerak la awal utk amik gamba dia sbelum dia masuk hall.session dia start 1pm till 5pm.kang terlambat,tak pasal2 berjanggut aku kena tunggu dia kua hall.sampai2 je aku kena park kereta kat padang kawat,pastu kena naik bas pulak.drebar bas pulak jenis yang nak tunggu bas penuh baru nak jalan.adoi.salsabila dah call aku,cakap dia dah nak masuk dalam hall.aku tengok jam,dah 1pm.tahniah!maka masa aku pun dihabiskan dengan toya nya slama 4 jam sementara nak menunggu dia keluar drpd hall.tapi 1 shot yang puas hati,aku dapat amik gamba tan sri arshad.dalam bersesak2 tu dapat jugak aku tembak kat muka dia.haha.dekat2 kul 5pm tu,terjumpa plak akmal yg diberitahu telah melepak di library dari tengahari td.elok la jugak jumpe akmal,dia la yang rajin menjadi assistant of the day utk aku.dok sebok mengusung beg aku ke sana sini,tuka tuka lens utk aku.kirenye memang berbaloi la service yang akmal bagi hari ni.haha.time kasih ye mal~and congrats jugak utk ila.enjoy d pics :)


signed,
syahiransukardi















Sunday, November 23, 2008

Percubaan [1]

baby baru still belum dicuba kebolehannya secara maksimum.baru stakat nak membiasakan diri dgn mode & menu baru.lens 10-22mm pun belum dicuba dgn best.tapi so far system ok la.ni antara pic yang sempat dicaptured dgn senang hati petang smalam kat curve.baru je few shots,hujan pun turun membasahi bumi.*duh*.maybe hari ni nak kua lagi utk membrainwash camera.bagi dia lasak skit dgn liku2 hidup yang mencabar.haha :)






signed,
syahiransukardi