Wednesday, December 3, 2008

Hari Dua : Jogja Akhirnya!

sambungan dalam bas..

sebetulnya aku ni bertawakal je masa naik bas.aku cakap kat supir tu,aku nak pegi jogja.dia main suruh je aku naik bas dia.bila dah sembang2 dgn mamat dalam bas,baru aku tau bas tu menuju denpasar.memang aku still boleh pegi jogja,tapi kena lompat2 bas!maka bermulalah episod aku berhenti dari 1 terminal ke terminal yg lain utk ke jogja.semua skali ada la dalam 8 bas bertukar.abis semua terminal aku redah drpd semarang,pekalongan,rebukatprandet dan ntah name2 pelik yang lain.kat blakang seat aku ade sorg mamat ni dgn anak dia.dia dok loncat2 bas sama macam aku jugak.so aku pun tegur la masa dalam bas ke 6 yg kitorg naik.rupenye dia pun nak ke arah jogja jugak,bezanya dia akan turun kat area sebelum sampai jogja.dah rancak2 berbual tu,tiba2 dia offer aku lepak kat umah dia,sekadar mandi2 n hilangkan capek.ramai dok nasihat jgn percaya sgt kat org,tapi memandangkan dia ni mcm bole pakai jugak,so aku pun ikut je la.umah dia terletak dalam kawasan kampung kat semanggal kira2 sejam dari jogja.umah dia sangat sempoi,xde elektrik n yg ada just mak mertua dia je.walaupun tanpa kipas,tapi tetap umah tu sejuk je.sementara aku mandi,mak mertua dia dah siapkan kami makanan.nasi putih+telur+sayur.dari celah2 mata mak mertua dia jelas menunjukkan walaupun diorg tak mampu nak sediakan makanan yg mahal,tapi keikhlasan tu sangat2 aku rasai.kira terharu sangat la aku masa tu.perut pun gila lapa sebab aku tak turun makan bila bas berenti(yela,kena jaga bag!).lepas makan kitorg sembang2 kosong sementara tunggu waktu asar.tengah dok layan sembang,dtg sorg laki kat umah dia.diorg dok kenalkan aku kat laki tu dgn ayat "ini anaknya dari malaysia,ngembara sendirian nggak berteman".hahaha aku rasa mcm hampeh je time tu.dia tanya aku kat mana aku nak tido malam ni,tapi aku just cakap aku xbook mana2 hotel lagi.pastu dia kata "kok gitu ayuh aja tidurin di tempat saya".ah sudah,apehal lak ni,gay ke hape.otak aku dah pikir bukan2.rupa2nya dia ni owner utk 1 resort kat area borobudur.dia kata kalau check in kat hotel2 lain,kena bejalan jauh baru dapat naik area candi.by that time baru aku tau mamat yg tumpangkan umah dia tu yg call laki ni utk tolong aku.so tripple terharu la aku tadi.on d way nak pegi resort dia,dia bagitau nama resort tu "pondok tingal".so aku bajet mcm buruk je la tempat tu.haha gila prejudis.sampai2 je aku tengok tempat tu sgt la style dgn bali conceptnya.siap performance theatre n gallery seni.bila aku selak list rates,tengok2 semalam cecah 2 juta rupiah.mak ai.dia kata aku just kena bayar Rp100,000 kira2 RM30 utk bayar electricity je.aku terfikir jap,sebenarnya bukanla semua org jahat kan?

signed,
syahiransukardi
*Jogja Akhirnya*

2 comments:

your love affair said...

haha.mula2 aku baca entry ni sangat la risau. takut weh. dah la tak di kenali.

tapi penghakhirannya cam legalah jugak (:
hehe..

jelaslah pakcik tu bukan gay kerana kau bilang dia ada anak..
kalau dia biseksual tu, tak tahulah pulak aku. hehs.

best best.

Akmal said...

kau sgt bnasib baik.. bgs2.. niat yg murni mesti akn dibantu oleh yg maha ESA.. alhamdulillah..

troskan update..