Thursday, November 27, 2008

Klik-Klik-Kotaraya

Lokasi : Sekitar Central Market + Lebuh Ampang + Celah2 Lorong Belakang
Masa : 1430hrs - 1730hrs

Akhirnya semalam sesi Klik-Klik-Kotaraya telah selamat dilakukan setelah berhari2 tertangguh.walaupun pagi tu hujan lebat dan aku hampir tewas dalam pelukan selimut sampai ke petang,tp nasibaik tengahari tu cuaca dah kembali panas.aku gerak pegi central market naik komuter utk menyahut seruan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam.haha.misi aku smalam ialah utk capture scene yg slalu kita tgk kat kl,tp jarang kita appreciate,mayb sbb dah slalu sangat kita nampak.so mostly pic smalam byk on signage n graffiti,as well as culture pic.bagi aku graffiti ni tak dianggap as vandalisme,sebab tujuan utamanya bukan utk merosakkan harta awam dan merosakkan pandangan.tapi graffiti skarang lebih kpd medium bagi sesetengah pihak utk menzahirkan apa yg tersirat secara sinikal,tetapi terbuka.mungkin cuma tak kena pada tempatnya dan ilegal.spatutnya mereka ni diberi ruang mahupun display wall yg legal bagi dicurahkan segala kreativiti yg ada.slalunya graffiti yg ada kat kl ni tak tahan lama,sebab selang beberapa minggu local authority akan cat balik dinding2 tu.atleast ada la jugak kerja DBKL tu drpd duduk bersiul2 kat cafe menunggu waktu punch card balik rumah.diharap dgn tercapturenya beberapa graffiti ni,dapat la disimpan contoh2 seni yg pernah wujud,tambahan pulak sesetengah drpd graffiti ni dibuat berlandaskan kpd isu2 semasa.jenuh jugak la aku selongkar segala ceruk dan backlane sampai kena kejar anjing.haha.dah la masa nak balik tu aku terperangkap kat KLsentral dekat2 dua jam sebab komuter tergendala.oh,n kesemua pic ni diambil dgn menggunakan ISO 600 dan ke atas utk test visibility of noise.hasilnya aku rasa cukup tak mengecewakan :) setelah berpeluh2 selama tiga jam,inilah hasilnya :












"aiyoyo..kl banyak busuk la.."









we loves kl,dont we?

signed,
syahiransukardi

Tuesday, November 25, 2008

SALSABILA : Convocation

semalam ujan turun dgn lebatnya.menyebabkan misi utk keluar klik-klik-kotaraya gagal diteruskan.jadi dgn iltizam yang kuat,hari ni aku bangun awal utk menjayakan misi tersebut utk kali kedua.sebelum kuar,perut aku diisi terlebih dahulu dgn breakfast baekkk punye,berupa satu set KFC.haha.gila senang hati dpt makan ayam pagi2 buta.lepas siap packing2 beg camera,phone aku sebok menyanyi2 lagu coldplay.kat screen phone aku tertulis name "salsabila".spatutnya arini aku kena amik gamba convo dia,tapi atas sebab2 tertentu terpaksa dicancelkan last2 minute.bile angkat phone,aku dgr suara dia lain mcm je.macam kucing tak makan je.sayu je dia tanye aku,

"ko free hari ni?boleh tolong amikkan gambar aku convo tak?"

eh budak ni.baru je smalam cancel.tiba2 kata on pulak.maka sesi klik-klik-kotaraya aku terpaksa ditunda lagi.nasibaik aku dah bersiap2.maka terus la aku melencong ke uitm.aku takut petang hujan,so aku gerak la awal utk amik gamba dia sbelum dia masuk hall.session dia start 1pm till 5pm.kang terlambat,tak pasal2 berjanggut aku kena tunggu dia kua hall.sampai2 je aku kena park kereta kat padang kawat,pastu kena naik bas pulak.drebar bas pulak jenis yang nak tunggu bas penuh baru nak jalan.adoi.salsabila dah call aku,cakap dia dah nak masuk dalam hall.aku tengok jam,dah 1pm.tahniah!maka masa aku pun dihabiskan dengan toya nya slama 4 jam sementara nak menunggu dia keluar drpd hall.tapi 1 shot yang puas hati,aku dapat amik gamba tan sri arshad.dalam bersesak2 tu dapat jugak aku tembak kat muka dia.haha.dekat2 kul 5pm tu,terjumpa plak akmal yg diberitahu telah melepak di library dari tengahari td.elok la jugak jumpe akmal,dia la yang rajin menjadi assistant of the day utk aku.dok sebok mengusung beg aku ke sana sini,tuka tuka lens utk aku.kirenye memang berbaloi la service yang akmal bagi hari ni.haha.time kasih ye mal~and congrats jugak utk ila.enjoy d pics :)


signed,
syahiransukardi















Sunday, November 23, 2008

Percubaan [1]

baby baru still belum dicuba kebolehannya secara maksimum.baru stakat nak membiasakan diri dgn mode & menu baru.lens 10-22mm pun belum dicuba dgn best.tapi so far system ok la.ni antara pic yang sempat dicaptured dgn senang hati petang smalam kat curve.baru je few shots,hujan pun turun membasahi bumi.*duh*.maybe hari ni nak kua lagi utk membrainwash camera.bagi dia lasak skit dgn liku2 hidup yang mencabar.haha :)






signed,
syahiransukardi


Saturday, November 22, 2008

MISI : berakhir

dengan penuh rasa bersemangat,aku memulakan misi yang boleh dikategorikan agak payah nak dicapai,iaitu misi mencari rm3k dalam 2 hari sejak 3 ari lepas.selak selak phonebook,selidik kot2 mane tau ada punca2 rezeki.haha.tapi sume ni dah berakhir.hari ini secara rasminya aku pokai tahap dewa cipan.berabis dekat rm8k utk memuaskan nafsu diri.haha.welcome home bebeh! =)



p/s--> aku kembali menjadi photographer yg bercamera.setelah seminggu menjadi nelayan tidak bersampan.haha

signed,

syahiransukardi

Sunday, November 16, 2008

Ong Ong Gedek Gedek

lokasi = di sebuah cafe terkenal di bukit bintang
masa = sesudah melakukan ekspedisi berjalan kaki meredah pekat malam

"wah banyak nye option dalam menu",kata gadis A ketika merenung ke arah menu sambil mengesat peluh.mungkin cuba memulakan perbualan di antara mereka.kelihatan keempat2 mereka sedang giat berusaha menyejukkan badan dengan cara mengipas menggunakan menu sedia ada."ni kau nak minum ape ni?",gadis B bersuara setelah sekian lama membelek."aku dah decide nak minum ape.korang lekas la pilih",kata jejaka A dengan yakin.lantas jejaka B juga mengangguk tanda pilihan sudah dibuat.gadis A kelihatan masih buntu berfikir.secara tiba2 gadis A bersuara,"eh,ni ape chocolate frog ni?takkan letak katak dalam air coklat kot?",kata beliau merujuk kepada minuman yg terdapat dalam menu tersebut."ye,dorg letak kaki katak dalam air tu.crunchy",jawab gadis B spontan.tidak semena-mena gadis A berkata,

"euww..kesian la kat katak tu.dah la katak tu comel.bunyi oink oink".

rupa2nya gadis A tidak pernah ke tadika,lantaran masih belum dapat membezakan antara spesis2 haiwan.

*pengetahuan hari ini = bunyi katak ialah ong ong gedek gedek*
*info tambahan = jejaka B dan gadis B ialah pasangan kekasih dari luar negara*

Julia's

salah satu client aku yang cantik jelita.boleh la buat air liur aku meleleh.tapi apakan daya,kini kepunyaan orang.haha.gadis yang dimaksudkan ialah cik julia,yang telah selamat ditunangkan di USJ20 minggu lepas.bekerja dengan julia memang tak banyak masalah.tak payah aku suruh posing,secara automatiknya dia akan mengfotogenikan diri di depan kamera.senang kerja aku.haha.maka selepas mengenyangkan diri dengan sepinggan mee goreng,maka aku pun memulakan sesi mengsnap gambar hingga ke titisan peluh terakhir.selamat menjadi tunangan orang ye bobo! :)








Follow up 1

ni antara wedding yang aku rasa susah untuk aku.bukan sebab aku kena jawab soalan berupa peperiksaan sebelum aku tangkap gambar.segan jugak nak mintak mereka ni posing lebih lebih.almaklumlah,ni wedding kategori 50 tahun ke atas.kalau terover posing nanti nampak pelik pulak kan.tapi pape pun mereka ni tetap sporting melayan kehendak aku untuk berposing sakan.tahniah la ye buat pasangan emas :)





Kembali

Tuan tuan dan puan puan.kegagalan mengupdate blog secara berkala adalah hasil sumbangan kerja kerja yang bertimbun serta tahap kemalasan diri ditahap maksimum.harap maklum.